Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

2 Tesalonika 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
1ADaripada Paulus, Silwanus dan Timotius,

Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa kita dan dalam Tuhan Yesus Kristus:

2Semoga kasih kurnia dan kesejahteraan Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus menyertaimu.

Ucapan syukur dan doa

3Kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah keranamu, saudara-saudaraku. Ini memang sepatutnya, kerana imanmu bertambah teguh dan kamu semakin kasih-mengasihi. 4Dengan demikian kami berbangga denganmu di antara jemaah Allah kerana kesabaran dan imanmu menanggung segala penganiayaan serta kesengsaraan.

5Segala ini bukti nyata penghakiman yang adil daripada Allah, supaya kamu dikira layak memasuki kerajaan Allah, yang untuknya kamu telah menderita. 6Allah akan melakukan keadilan, membalas dengan kesengsaraan terhadap mereka yang menyebabkan kamu sengsara, dan 7Dia akan memberikan kelegaan kepadamu yang menderita dan juga kepada kami apabila Tuhan Yesus muncul dari syurga diiringi malaikat-malaikat perkasa-Nya dengan api yang menyala. 8Dia mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak mengenal Allah, dan mereka yang tidak taat akan Injil Tuhan kita Yesus Kristus. 9BMereka akan dihukum dengan kebinasaan selama-lamanya, tersingkir dari hadirat Tuhan kita dan kemuliaan kuasa-Nya. 10Semua itu akan berlaku apabila Dia datang, pada hari itu, untuk dimuliakan oleh murid-murid-Nya yang salih dan untuk diberi penghormatan oleh semua orang beriman. Ini termasuk kamu kerana kamu percaya kepada kesaksian kami antara kamu.

11Oleh itu, kami sentiasa berdoa untukmu supaya Allah kita menganggapmu layak dipanggil, dan supaya Dia memenuhi segala hasratmu berbuat baik untuk-Nya serta menyempurnakan segala usaha imanmu dengan kuasa-Nya. 12Dengan demikian, nama Yesus, Tuhan kita, akan kamu muliakan dan kamu akan dimuliakan oleh-Nya, dengan kasih kurnia Allah kita dan Tuhan Yesus Kristus.